"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

10 April 2017

Casting Land Base


Tarikh  : 09/04/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kuching
Masa  : 07.30am - 5.00pm




Pagi nie terpaksa hantar anak aku ke sekolah kerana ada program khas yang akan bermula jam 7.30 pagi. Maka lambatlah aku start cast hari nie, something that I hate! Time is everything for weekend angler like me.

Sampai kat port "wajib" - Riveria, aku tengok ada sorang bro tengah membottom. Aku tegur2lah tanya dah dapat ke belom. Belom katanya. Bro nie aku selalu jumpa dia kat sini hari Ahad. Selalu dia yang datang awal.

Dah pukul 10 pagi pun takde miskol dari penghuni dasar. Akhirnya aku buat keputusan tukar tempat menuju ke Tambak Bako. Kat Tambak Bako nie beberapa kali miskol yang tidak berhasil dengan sebarang strike. Belum lagi rejeki aku kat sini. Kemudian aku berpindah tempat lagi...




Port kali ini dikenali oleh caster tempatan sebagai Rengit - Sungai Rengit. Rengit nie kalau tak silap aku sama dengan Agas. Menatang yang kecik2 suka gigit tu... Memang asyik menggaru jer kalau cast kat sini. Tak kira tengah hari pun ia ada jugak! Kelihatan masterji2 otai tengah casting. Meriah pulak kali ini.





Aku sampai kat sini air dah mula nak pasang. Sebelum tu nampaklah jugak "sesuatu" mengejar udang hingga mereka mengeluarkan hikmat belari atas air. Sah kat bawah tu ada predator... Aku cast sejauh yang boleh & aku karau pelan2...





Setelah mengulang proses tersebut untuk kali ke seratus belas, baru terasa sambaran yang tak ganas. "Hrmmm... baby!", kata aku dalam hati. Semakin dekat memang sah baby. Mulanya aku ingatkan baby MJ, bila dah semakin dekat baru nampak tahi lalat manis kat hujung badan. Baby Tetanda rupanya.





Species : Tetanda @ Fingermark Bream
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tomman_Tali Hantu (mono), 20 lb 
Lure     : Viper_Soft Shad Minnow
Status  : C&R





Kecik2 pun ganas! Lure saiz 7cm pun dibedal. Sayang bukan saiz Mak Bapak. Hanya seekor nie jer yang strike untuk hari ini. Jadilah buat report blog...




 


 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku mencuba lure Viper Soft Shad Minnow. Saiz & renangannya boleh tahan. Dapat dirasa getaran ketika diretrived. Cuma berat tu kalau tambah sikit lagi cantik untuk mempercepat tahap singking. Seekor dah terkorban sebab sangkut. Ngapa diorang tak cuba buat weedless jugak erk? Sekurang2nya dapatlah juga diguna untuk kawasan yang banyak halangan. Nampak gayanya mahu dimodifikasi nie. Biar aku buat prototype sendiri nanti. Hehehe...


  







 

No comments:

Post a Comment