"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

27 July 2016

Casting Land Base - Belungei, Lundu 1/2016


Tarikh  : 17/07/2016 (Ahad)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa  : 4.45am - 1.00pm



Seawal 4.30pagi aku bersiap untuk mengejar air yang mula surut & angkat pasang di Belungei, Lundu. Komplot Lone Ranger aku kali ini. Lama gak aku dah tak terjah main kat sini. Risikan dari geng2 di Lundu melaporkan hari tidak hujan, tapi air cam karpet (rata, tidak berarus).

Hrmmm... Aku menjangka mungkinkah air jernih cam kat Gold Coast, Ostolia? Alamatnya kompom kurang sambutan. Apa2 pun, rejeki dari-Nya. Strike itu rejeki. Kumpau itu pun rejeki (rejeki sebab dapat turun cast. Cuba ko rasa sebulan tak cast? Haa.. rejeki lah tu walaupun konteks nya lain). Tawakal jer lah...




Masa otw dari Samarahan ok jer cuaca. Tapi bila sampai kat Belungei nie, hujan pulak. Surut masa sampai...





Yang tak best nya air cam kat Gold Coast, Ostolia - Jernih sangat. Rasa tak sedap hati jer bila tengok air camgini & teringat pengalaman lepas bila situasi sama... Selalunya memang kurang sambutan kalau air gini. Tapi sesuai kalau nak picnic!





Lama gak aku cast. Dari satu port ke port yang lain. Time nie port "utama" air masih tinggi. So, aku cast berkali2 gak kat kawasan antara 2 batu tu. Tetiba satu tarikan melarikan lure aku dengan pantas! Terus aku sentap secepat yang boleh. Terasa penghuni dasar hooked up. Mulalah aktiviti melayan...





Hoh, MJ rupanya. Naik jugak seekor saiz baby. Sib baik datang jauh tak kumpau.





Species : Mangrove Jack (MJ)
Rod      : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel     : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure    : Hinomiya_HLP33 
Status : C&R





Close-up dengan lure. Hanya seekor nie jer yang aku dapat. Tahap surut air kali ini masih tinggi, sehingga air pasang aku masih tak dapat cast kat port utama... Aku bukak 1 hook kat perut tu. Aku hanya gunakan hook kat belakang jer untuk menghasilkan "gelek maut" Mas Idayu! Sesuai untuk pemangsa yang rakus.








  LURE(S) OF THE DAY

Kalau nak action lure yang gedik2 manja, pakai 2 hook. Kalau nak lure action gelek maut (crazy moves), korang pakai 1 jer hook kat belakang. Kompom menggila action nya. Tambah lagi fast jerk, perghhhhhhh... cer try!










 

No comments:

Post a Comment