"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 February 2016

Snakehead Report (2nd weeks of February 2016)


Tarikh: 10/02/2016 (Rabu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 6.00pm - 6.55pm



Selepas beberapa hari asyik hujan, tetiba petang nie ok pulak. Berkobar-kobar dah aku nak balik kerja. Jiwa & minda aku dah melayang jauh kat port Snakehead peberet buat hilang giggil. Tapi... Lewat jugak jadi balik kerja. Why? Why? Why?!!! Asal hari Rabu mesti macam2 hal. Asal macam2 hal mesti hari Rabu! Arghhhhhhhh.... Stressss!

Sampai rumah aku kemas secepat yang boleh, pecut motosikal & sampai kat port hampir pukul 6.00pm! Dem! Sepatutnya dah 30 atau 25 minit cast dah aku kalau time gine. Geram + sakit hati. Bila dah "lewat" gine, memang aku skip beberapa tempat untuk mengejar masa yang tinggal sebelum hari gelap...




Kali ini air masih tinggi sangat. Memang payah nak jumpa Snakhead main dekat2. Jauh ke dalam sawah padi tu mereka main & cari makan. Setelah agak lama cast tanpa sebarang miskol pun, aku sampai kat persimpangan nie. Depan tu dah try cast, tiada apa2 yang berlaku. So, aku baling lure sejauh yang boleh kat dalam lorong tu. Di pertengahan retrive, ada "gelombang" mengejar & cuba menelan lure aku tapi mis.





3 kali camtu masih mis jugak walaupun aku perlahankan sedikit kayuhan. Mungkin kerana geram, semakin laju beliau mengejar lure & akhirnya kali ke-4 baru berlaku strike & fish on! Cam biasa, kudrat Snakehead tu tak mampu melawan set HCG aku gunakan.







Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R





Solid hook-up. Ditelan habis lure aku. Hanya seekor nie sahaja yang berjaya aku naikan. Tak sempat aku nak cast kat lain sebab hari dah mula gelap. Dalam semua gambar kali ini, nampak tak cantik kalau dibandingkan dengan gambar2 sebelum nie kan?, sebab yang nie kena edit bagi bright sikit. Kalau tak memang tak berapa nak namapk sangat.





 LURE(S) OF THE DAY

Berjasa walau semakin cedera parah & kritikal.










Tarikh: 14/02/2016 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 3.15pm - 6.45pm 



Misi mencari lauk gred A masih lagi kumpau. Beberapa port yang biasa dikunjungi mendukacitakan lantaran faktor hujan yang masih tidak menentu. Air agak keruh & menyebabkan misi aku ditangguh lagi (kalau ikut plan asal nak cari Sebarau gak. Tapi bila dah faktor air agak keruh, baik aku tangguhkan juga). Sori kalau awal tahun gine hanya Snakehead yang memenuhi laporan blog aku...
 
 
 
 
Setelah beberapa kali rabut (kebanyakanya saiz curut) di beberapa tempat, kat sini 1st round, 2 3 gak rabut. Time nie kira last round sebelum balik, aku repeat semula...





Akhirnya berjaya jugak aku strike si degil nie setelah beliau menyangkutkan diri kat celah2 teratai. Kali ini aku tak force sangat nak tarik keluar sebab aku dah "downgrade" main line pakai 15lb (sebelum nie 30lb). Leader masih 50lb.





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R





Ada beberapa ekor aku rabut saiz camgini. Sekali jer tak solid hook-up saiz yang kasar sangat. Tapi tempat ambush aku dah kenal pasti. Harap next time aku strike beliau jika orang lain tak strike dulu lah...








 LURE(S) OF THE DAY

Dah tak cun renang. Tenat & nazak. Tunggu masa jer lagi. Namun masih sempat memberi khidmat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment