"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 September 2015

Snakehead Report (4th week of September 2015) - TEST DRIVE: Omga_Aka Mono Line


Tarikh: 23/09/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 5.00pm - 6.45pm


*TEST DRIVE*

Minggu lepas aku tak dapat hardcore cast disebabkan mem OT lagi. Punyalah tahap "vibrate" tangan aku nie takleh nak cakap. Hanya dapat melepas kat snakehead bagi membuang sedikit vibrate tersebut.

Kali ini dengan misi Test Drive mono line pada BC buat pertama kali nya. Sebelum nie hanya pakai braided line pada BC, so nak rasa perbezaannya aku guna mono

Shimano Caenan 101 yang baru aku gunakan sebagai jentera pemandu mono line tersebut. Dulu aku pernah memiliki Caenan nie, tapi aku jual. 
*Menyesal jual.

Entah kenapa aku rasa nak pakai balik Caenan nie. Aku try kontek member yang kujual kat dia. Konon nya nak beli baliklah. Tapi bila dengar explain dia, BC tersebut bermasalah, so tak jadilah aku nak beli balik. Last2, aku beli semula yang baru.





Macam nielah kawasan parit sawah padi yang pernah gemilang satu ketika dahulu. Kini air semakin kering & cetek. Ada kelebihan & kekurangan jugak.  
Kelebihannya kawasan permainan snakehead semakin terhad so mereka terpaksa bergumpul kat kawasan camgini untuk mencari makan. 
Kekurangannya, port menjadi Heavy Cover sebab teratai / samai / rumput bergumpul. Set kasar diperlukan!





Seperti yang aku jangka, pasti ada "sniper" yang menunggu kat port camgini. Berjaya gak aku menghanyirkan mono line & BC Caenan.
  





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Hanya seekor ini sahaja yang aku dapat. Rabut 2 kali saiz yang agak kasar kerana diselamat oleh akar teratai. Takpe, sekurang2nya aku dah tahu kat mana ko sembunyi. You can run but you can't hide! Siap ko lepas nie.





Tali mono bajet yang berharga RM7.50 aku gunakan untuk test drive kali ini. Overall aku puas hati gak guna tali mono nie. Hanya sekali birdnest grade D. Hahaha... Cemas kejap aku tengok time birdnest tu. Nasib baik dapat dilerai. 

Apa yang aku pelajari, sebelum cast tu, pastikan tension knob pada BC dikunci habis dulu. Pastu sedikit2 ejas masa membuat lontaran. Paling PENTING, ibu jari MESTI kontrol pergerakan spool cam biasa. Bila dah jumpa tuning/setting cun tu, sedap lak cast mono nie. 

Hanya 15 lb nie ada rasa berat sedikit masa cast. Jarak lontaran pun agak jauh. Mungkin disebab BC aku masih baru. Rentak guna mono nie pun macam dah jumpa, just need more practice sebelum serasi sepenuhnya. Kena hati2 masa tarik waktu sangkut kat Heavy Cover. Maklumlah, kalau ikut poundage tali tu memang tak sesuai untuk main Heavy Cover...





LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku gunakan Si Puteh!








Tarikh: 27/09/2015 (Ahad)
 

Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 3.00pm - 6.00pm




Masih lagi aku kumpau mencari lauk Grade A masa cast saltwater. Hanya saiz baby. Report blog tu nanti lah aku update. Just nak masok kan kat blog nie aku layan freshwater sebagai ganti. Target repeat kat tempat yang sama pada hari Rabu - Layan Heavy Cover. Tapi sayang ada gak saiz kasar yang rabut. Hanya saiz baby jugak yang strike...




Tengoklah kawasan heavy cover nie... Berkali2 ambush & sambaran lure yang rabut disebabkan bantuan teratai tu. Seekor saiz kasar 3 kali attack lure aku. Buat aku geram kerana rabut. Tapi setelah lama memujuk, terus tempat nie sepi. Mungkin beliau dah rasa sakit kat mulut.




Sebelum serangan bertalu2 dari saiz kasar tu, hanya saiz baby nie yang berjaya strike, tu pun memakan masa nak tarik keluar sebab teratai tulah! Semua kawasan persembunyian yang aku mark sebelum ini didapati kebanyakannya dah kosong. 1 2 tempat jer rabut.





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R







LURE(S) OF THE DAY


Khidmat terakhir si kepala oren dalam misi nie yang terkorban & cedera parah. Jasa mu dikenang!







No comments:

Post a Comment