"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

06 November 2013

DAIWA Alphas 103L (Purple): Projek Custom & Upgrade...


Seperti yang aku maklumkan dalam entry yang terdahulu, kali ini aku akan review Daiwa Alphas 103L (Purple) yang telah siap dicustom & upgrade. Macam2 masalah yang aku hadapi masa nak buat projek nie. Kos keseluruhan, bak kata member aku, "Kalau dah minat tak payah cakaplah..." paham2 jerlah!

Daiwa yang sebenar2nya aku idamkan bukanlah Alphas 103L Purple nie, tapi Daiwa Alphas TYPE-R. Apakan daya time kewangan ada, takde lak diorang jual murah. Bila kewangan tarakkk, berduyun2 lak diorang jual!!! Eeeeee.... geramnya!

Aku buat ini pun ala kadar & cincai jer. Tak 100% seperti yang aku harapkan tapi syukur puas hati dengan performance terkini. Ada gak bunyi "Zingggggg..." bila dicast (so sweetttttttt.....) ! Apa2 pun kiranya ada rezeki lagi nanti, akan aku custom lagi... takpun beli yang TYPE-R terus! Takpun angkat Alphas ITO... Hmmm... Arghhhhhh.... mana satu nak pilih nie???!!!



Beginilah keadaan asal ketika aku membeli - 2nd hand!




Bahan2 untuk aku custom & upgrade.

   


Tak nampak sangat bezanya. Frame utama tu dispray hitam (tak jumpa yg jenis matt black @ flat black, so aku hentam sajalah warna hitam nie & aku tak tambah clear). Semalam dah start tanggal cikit2 part yang aku spray nie. Alahai.... Handle pakai Basszone.









*** Tips: 

Star drag masih pakai yang ori tapi dibengkokkan pelan2... (check this out on how to bent the original star drag - credit to this owner).

 





Front View.




Back view.

 


Bottom view.

 


Side plate ini sebenarnya masih ok. Tapi atas kecuaian aku sendiri masa bukak, side plate ini & gear(?) sebelah dalam side plate ini patah! Arghhhhh... Terpaksa beli yang baru...

  


Sebelah dalam side plate ini pulak dekat frame utama tempat letak gear, bearing dah karat teruk & lekat dengan body. Siksa nak bukak. Masa bukak pin bearing dekat spool tension pulak terbang entah kemana! Kedua2 bearing utama telah diupgrade dengan Boca! Mablesssssss........

  







LATEST UPDATED in 2015...

Repaint : Black Matte + Carbon Design (Hydrografic Technique)




Dari seorang kenalan Facebook akhirnya aku buat keputusan menghantar Alphas aku nie untuk repaint dan yang penting sekali beliau turut gunakan teknik hydrografik (water transfer paint). Inilah hasil terkini bc Daiwa Alphas aku tu...


 





































 






8 comments:

  1. Bos, handle basszone tu berapa panjang?100mm ke?cmne lepas pasang,tak panjang sangat ke?saya ada sebiji alphas cmni,nk upgrade gak handle tu ke basszone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa beli ari tu seller cakap 90mm. Tapi bila sukat cam 100mm jer. Ada mcm pnjg cikitlah... Tapi bila dah cast tu tak perasan!

      Delete
  2. Bos, nak tanyer, kat maner beli side plate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak tolong kenalan dari FB oderkan bro. Cari dalam FB nama nie;
      Raziff Barra Hunter.
      Dia boleh tolong oder mcm2 part.

      Delete
  3. Bos, handle basszone tu x bergesel dgn stardrag ke? Kena tambah spacer tak dekat stardrag tu? Atau boleh direct pasang mcm tu je? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena. Masih banyak ruang.
      Ikut panduan camna nak bengkokkan stardrag tu.
      Buat pelan2 & hati2.

      Delete
    2. Ok bos..maksud saya, bos dah bengkok kan stardrag tu kan..memang x kena la sebab dah jadi curve..tapi time nak pusing kunci drag, carbon handle tu x melekat bergesel ke dgn top surface stardrag..yg macam type r, star drag die ada tambah "spacer" kan..hehe..tq bos..

      Delete
    3. Oh, paham mksud bro.
      Mmg tak kena. Bawah handle tu pun tak da kesan bgesel.
      Kalau tengok gambar tu mcm rapat sangat & kena kan? Tp sebenarnya tak kena. Bawah tu da macm washer nipis (asal dgn stardrag yg lama) yg bertindak sbg penahan / pembahagi antara stardrag & handle. Border lah. Yg kat dlm gambar tu release habis (loose) stardrag.

      Delete