08/06/2013, Sabtu
Yang nie cerita last week. Hujung minggu sempena menghantar kirim barang ke Lundu, aku ambik kesempatan untuk terjah ke Belungei (solo casting), dengan harapan mencari selunsong. Selepas segala urusan aku selesai di Pekan Lundu, aku terus drift ke Belungei. Sayangnya aku sampai agak lewat. Air dah surut jauh.... Arghhhhhh.... stresssss! Nak buat camna, cast jerlah lepas gian.
Mula2 pakai SP jer, berkali-kali gak rabut. Pastu pakai hard lure, tapi "penghuni" kat dalam tu asyik main cium2 & langgar2 jer. Geramnyaaaa....! Mungkin dah time frenzy, aku tengok banyak Cik Bulan
dengan saiz yang boleh dikatakan kasar jugak memunculkan diri. Terus
Ofmer popper aku gunakan. Macam2 aksi akrobatik Cik Bulan buat, but
still belum lagi sangkut. Siksa lure aku diperkotak-katik & dinodai mereka bergilir-gilir! Sampai menghampiri pantai pun masih lagi dia kejar tapi tak nak terkam.
Tah camna seekor tu dah tak tahan nafsu hingga klimaks
melihat lenggokan buntut popper tersebut akhirnya melepas gelora yang
mencengkam jiwa lalu menyambar dengan rakusnya popper tu. Saat yang aku
tunggu2 telah tiba & dengan sekali "lafaz akad" yang kuat; "FISH ONNNNN.....", terhook-uplah beliau sambil digelak-gelak oleh rakan beliau yang lain (aku imajin). Tewas jugak akhirnya seekor bersaiz kasar.
Alang2 dah sampai... cuba jerlah.
Surut amat... Alahaiiii..
Perghhhhh.... Kasar gak Bulan nie. 1st time aku dapat saiz camgini. Osemmmmm....!
Rod: Shakespeare "Neptune" 8-16 lbs (5'6") Reel: Shimano "Amenista" Line: Ichiban 15 lbs Leader: Cap Ayam 30 lbs Lure: Ofmer 4D Popper 65F |
Tu jer rezeki kali ini. Seekor pun alhamdulillah.... Better then Kumpau beb!
No comments:
Post a Comment