Sabtu, 06/04/2013
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang
tu jugak!... Casting kali ini sekitar Kuching sahaja. Agak lewat
sedikit aku turun kali ini. Kebiasaan nya jam 6.30am. Namun kali ini
pukul 8.30am baru start turun. Spot pertama di Kontena. Apa punya salah
baca pasang-surut air da... sekali sampai kat spot tu, surut dah... Baru
nak pasang! Aisehhhh....
Spot Kontena... air baru nak pasang...
Banglo Mampu Milik tu wooo... Cast jer lah sedas dua... - no luck today.
Sebelum ke spot seterusnya (e-Mart), di simpang Kopodim
aku terjah juga. Lama dah aku tengok jer spot nie tiap kali lalu. Namun
kali ini singgahlah pulak. Manalah tau kan ada belao (haruan /
snakehead)? Tapi takde 'mis kol' langsung... Rupa jer menarik. Agaknya
penghuninya masih tido kot??? Lepas tu aku ke spot e-Mart. Hasilnya pun
sama gak... K.O.S.O.N.G.
Leh tahan spot nie... but takde 'mis kol' dari penghuninya...
Sama gak takde penghuni...
Senyap jer...
Nie satu lagi spot yang dah lama sangat aku tak terjah,
Tambak Bako. Tenang jer airnya, setenang lure aku tak dijamah... hampeh
'tul. Lebih kurang 15 minit aku kat situ sebelum berpindah ke spot
harapan terakhir iaitu Tambak Pending. Kat spot nie pun hasilnya tetap
sama, dah bukan rejeki aku kali ini. Dan dalam pukul 3 lebih, hujan
lebat melanda... Sabar jer lah...
Tambak Bako yang tenang...
Tambak Pending pun tenang gak kali ini...
Kelebihan Tambak Pending... Tempat rehat (cam stesen bas) dengan view sungai...
Hujan lebat yang memaksa aku 'Log-Out' awal...
Nahhh...
sebelum balik rumah pekena Char Kuey Tiaw Kerang by Encik Amirul,
panas-panas di kala kesejukan melanda. Tangkap lilih wooo...
Char Kuey Tiaw Kerang - Penang Corner @ Warung 2000, Kota Samarahan.
No comments:
Post a Comment