"Streaming" kali ini aku bersama Hafiz menduga Port Dahan. Memandangkan beberapa minggu sudah aku layan kat Port Tapah, so hari ini tukarlah pulak... Macam biasa aku ada 2 jam (more/less) untuk cast sebelum turun kerja.
Sampai jer kat port nie, fuh air surut gais. Jernih sangat & kurang berarus. Penanda yang biasanya takde megatron bermain kat sini (kebiasaan kat port nielah...). Alang2 dah sampai, layan jerlah. Kalau ada rejeki, ada lah....
Hafiz tengah membaca mantera sebelum sesi bermula:
Setakat ini tiada tanda2 yang memberansangkan. Ternampak sebarau 2 jari, hanya lari tanpa mengejar lure. Memang kurang memberansangkan aktiviti kali ini.
Setiap spot yang berpotensi telah disinggahi lure aku, hanya kosong tiada berpenghuni. Hinggalah sampai di sini, tengah rancak berporet dengan Hapiz sambil retrive lure pelan2, terus rod melentur manja...
Alhamdulillah, akhirnya naik juga sang Bujuk yang aku sangka Sebarau pada mulanya...
Lama gak aku tak strike salah satu spesis penghuni jeram sekor nie. Kecik pun keciklah. Janji ada strike.
Hafiz turut strike Bujuk megatron gais! Memang air Bujuk kondisi camgini. Tidak sia2 turun menduga kali ini. Mujarab mantera beliau! Hahaha...
Hanya 2 ekor ini sahaja yang berjaya didaratkan. Kami berdua terpaksa beredar awal, masing2 ada aktiviti sendiri lepas nie.
Korang yang masih setia melayan blog & youtube aku, aku ucapkan terima kaseh bebanyak. Walaupun terasa cam nak stop jadi blogger lak - penat gak buat 2 kerja beb... Entahlah...
Lure(s) Of The Day
UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...