"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

27 July 2016

Casting Land Base - Belungei, Lundu 1/2016


Tarikh  : 17/07/2016 (Ahad)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa  : 4.45am - 1.00pm



Seawal 4.30pagi aku bersiap untuk mengejar air yang mula surut & angkat pasang di Belungei, Lundu. Komplot Lone Ranger aku kali ini. Lama gak aku dah tak terjah main kat sini. Risikan dari geng2 di Lundu melaporkan hari tidak hujan, tapi air cam karpet (rata, tidak berarus).

Hrmmm... Aku menjangka mungkinkah air jernih cam kat Gold Coast, Ostolia? Alamatnya kompom kurang sambutan. Apa2 pun, rejeki dari-Nya. Strike itu rejeki. Kumpau itu pun rejeki (rejeki sebab dapat turun cast. Cuba ko rasa sebulan tak cast? Haa.. rejeki lah tu walaupun konteks nya lain). Tawakal jer lah...




Masa otw dari Samarahan ok jer cuaca. Tapi bila sampai kat Belungei nie, hujan pulak. Surut masa sampai...





Yang tak best nya air cam kat Gold Coast, Ostolia - Jernih sangat. Rasa tak sedap hati jer bila tengok air camgini & teringat pengalaman lepas bila situasi sama... Selalunya memang kurang sambutan kalau air gini. Tapi sesuai kalau nak picnic!





Lama gak aku cast. Dari satu port ke port yang lain. Time nie port "utama" air masih tinggi. So, aku cast berkali2 gak kat kawasan antara 2 batu tu. Tetiba satu tarikan melarikan lure aku dengan pantas! Terus aku sentap secepat yang boleh. Terasa penghuni dasar hooked up. Mulalah aktiviti melayan...





Hoh, MJ rupanya. Naik jugak seekor saiz baby. Sib baik datang jauh tak kumpau.





Species : Mangrove Jack (MJ)
Rod      : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel     : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure    : Hinomiya_HLP33 
Status : C&R





Close-up dengan lure. Hanya seekor nie jer yang aku dapat. Tahap surut air kali ini masih tinggi, sehingga air pasang aku masih tak dapat cast kat port utama... Aku bukak 1 hook kat perut tu. Aku hanya gunakan hook kat belakang jer untuk menghasilkan "gelek maut" Mas Idayu! Sesuai untuk pemangsa yang rakus.








  LURE(S) OF THE DAY

Kalau nak action lure yang gedik2 manja, pakai 2 hook. Kalau nak lure action gelek maut (crazy moves), korang pakai 1 jer hook kat belakang. Kompom menggila action nya. Tambah lagi fast jerk, perghhhhhhh... cer try!










 

21 July 2016

Snakehead Report (3rd weeks of July 2016)


Tarikh  : 11/07/2016 (Isnin)
Lokasi : Dahan (area Bengoh)
Masa  : 8.30am - 1.00pm




Yo, setelah agak lama bercuti, new casting season aku bermula. Ajakan dari Masterji Sayvers (ber5 turun kali ini) untuk menduga Sebarau, aku sambut dengan set casting terbuka... Lokasi pilihan utama adalah di Kampung Giam. Tapi semalam hujan yang lebat, menyebabkan air keruh amat!

Terpaksa Plan B, kat port Dahan (diorang panggil) tak jauh dari area Bengoh. 1st time aku ke port nie beb! (Kalau nak gi sorang2 lagi nie silap2 leh sesat aku. Biasalah memori dah berkarat. Kena 2 3 kali pergi baru dapat ingat. Cam banyak simpang jer). Tak terlalu jauh jugak port nie. Boleh lah...



Wow, superb view.





Port start dari bawah jembatan nie menuju ke hulu dalam tu. Kat hilir lain hari kami terjah...





Keruh lak air. Tapi tak sekeruh kat Kampung Giam masa Plan A tadi.





Setelah beberapa lokasi sekitar tepi sungai yang berpotensi sebelum nie (menurut Masterji Chia), entah mengapa kali ini belum ada lagi sambaran. Kemudian aku cast selari kat batang pokok mati bawah tu, terus sesuatu melarikan lure aku dengan gaya "shaking" yang agak kuat.





Cehhhh... aku ingat Sebarau tadi. Rupa2nya sang Bujuk! Walaupun bukan sasaran utama, namun terubat jugak akhirnya "vibrate" sebulan lebih aku tak cast. Good start for my New Casting Season.





Species : Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod      : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel     : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure    : OR Craft_Spearyu 60s (SP60S-PC)
Hook   : Mustad_In line Single, Ultrapoint Size 4
Status : C&R





Perghhhh... Solid hooked up tu. Mau taknya susah beliau nak meronta untuk melepaskan diri. Hanya seekor nie jer yang berjaya dicast dalam komplot kali ini.





Gaya Masterji Chia cast...





Beberapa "Banglo" Mewah yang tidak berpenghuni.





Banyak "Banglo" wooo... Sayangnya penghuni out station entah ke mana.





Rehat kepenatan bersama Masterji Sayvers. Thank you ko sudi bawak aku kat port nie. Will komplot again next time.





Sempat mandi lagi tu. Aku lak malas nak berendam sebab sejok...
 


 


  LURE(S) OF THE DAY










Tarikh  : 12/07/2016 (Selasa)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa  : 8.30am - 1.00pm

 

Lewat sikit aku bermula cast di Riveria. Biasanya 6.00am - 6.30am aku dah terpacak kat sini. Tapi masih ada sedikit urusan di opis yang perlu aku urusankan. Lepas selesai baru aku pecut ke Riveria.

Dalam misi mencari Lauk Grade A, setelah tiada sambutan, aku tukar lure. Kali ini aku try layan Snakehead jer buat hilang vibrate. Ada gak "ganguan" dari baby Snakehead yang cuba untuk membaham lure. Tapi apakan daya, mulut beliau masih kecik, so cium2 jer lah..

 

 
Aku cast betul2 kat bawah rimbunan tu, terus lure aku dibaham & dilarikan.

 


Hoh, berjaya didaratkan.

 


Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod      : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel     : Kuying_Tornado 101  v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure    : Ricklure_3.5cm, 5g
Status : C&R

 


Telan habis! Lapar sangat rupanya. Seekor ini jer yang aku dapat. Pastu aku berpindah tempat kat beberapa port lain. Namun kumpau...






 
  LURE(S) OF THE DAY