"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 January 2016

Snakehead Report (5th weeks of January 2016) - TEST DRIVE: Senses D-Frog (Delta Frog) & RBC Kuying Tornado 101 v2.0




Tarikh: 27/01/2016 (Rabu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 5.45pm - 6.45pm




*TEST DRIVE 1*


Banyak betul test drive aku awal tahun nie. Hrmmm... Dalam masa yang singkat nie aku aku cuba lure dari jenama Senses. Kali ini aku menggunakan D-Frog (Delta Frog). Macam biasa, duri pada mata kail tu aku lipat / buang untuk ujian tahap 'extreme' (sorry Senses...).

Lokasi lak seperti biasa port Snakehead kat sawah padi tu. Sampai kat port nie aku tengok dah macam pesta. Ramai gak yang dah pancing kat sini. Kebanyakan mereka pancing Puyu & Sepat. Ada gak yang pasang taut untuk Snakehead. 

Sekeroh air teh tarik parit kat sini. Rupa2nya ada sorang caster bagitau kat aku, awal2 lagi dah ada orang yang menjaring. Arghhhhhh... nie yang tak best nie!!


  


Setelah beberapa kali cast kat parit yang keroh & tiada sambutan, aku beralih kat parit yang bertentangan. Parit nie tak diganggu. Jernih airnya.
Aku baling kat kawasan yang berumput. Firasat aku mengatakan adanya sesuatu kat tempat begitu... Baru suku aku retrive, tetiba satu sambaran membaham lure dibawak menyelam. Seronok tengok sebab air jernih...





Saiz bolehlah sebagai pembuka tirai. Tiada masalah semasa dihooked-up & pasrah beliau ditarik rod Expert Graphite Carbon Cube yang Jahat ini. Hehehe...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch) 
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Shimano_Caenan 101 
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb 
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb 
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R





Terbaik Senses D-Frog nie. Senang nak hooked-up. Ditelan habis tu...





Setelah agak lama & rabut beberapa kali gak, nun di tengah2 titik fokus tu cam baik punya kawasan ambush (mulanya kat lorong kecik belah kanan kat atas tu rabut saiz curut. Lepas dipujuk2, tak mau gak menyambar).
Sekali baling landing atas tanah. Kemudian aku tarik pelan2 supaya jatuh dalam air. Aku biarkan sekejap tak bergerak & bammmmmm!!! Bunyi sambaran ganas serta menarik perhatian beberapa orang pemancing kat situ datang untuk check it out apa the hal is happening...





Tindakan bijak dari Snakehead terus membaham & melarikan diri di dalam rumput air. Satu aksi ala Heavy Cover Game menarik beliau keluar bermula. Cuma malang nasib Snakehead tu sebab aku gunakan rod yang paling Jahat! Tak susah aku tarik keluar. Redho jugak kau ye! Kihkihkih...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch) 
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Shimano_Caenan 101 
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb 
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb 
Lure: Senses_D-Frog
Status: I gave to photografer of this pic...





Muka tak caya yang beliau berjaya ditarik keluar. Hahaha... Tak nampak Senses D-Frog kat dalam mulut. Snakehead nie aku bagi kat budak yang tolong snap kan gambar aku. Rejeki dia.





 


LURE(S) OF THE DAY




ULASAN TEST DRIVE:

Dari segi bentuk & berat memang best buat lontaran, jauh & tepat. Aksi jugak baik punya lenggok. Body belakang dekat dengan mata kail tu sangat lembut (bagi aku terlalu sensitif.

PROSnya senang nak hooked-up. CONSnya boleh senang sangkut kat kawasan yang berhalangan jika tersilap kawalan retrive. Contoh; bila di baling, lure nie jatuh belakang dulu - mata kail kat bawah. Jika kawasan berhalangan, silap tarik boleh sangkut kerana hujung body tu sangat lembut).

Satu lagi CONSnya bila lure nie sangkut sikit, tempat sangkut klip kat hujung mulut tu sering terkeluar hingga menyebabkan kepala & buntut terpadat. Macam kena compress (mungkin satu antara beribu-ribu kesilapan pengeluaran pihak kilang?). Memandangkan aku cuma beli satu jer so tak dapat nak komen lebih tentang masalah ini. 
Overall, memang terbaik & senang hooked-up. Bonus bagi aku kat bawah pemberat tu ada tempat untuk sangkutkan blade! Nice....




 






Tarikh: 31/01/2016 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 6.05pm - 6.45pm




*TEST DRIVE 2*


Kali ini set Heavy Cover Game (HCG / HC) akhirnya lengkap sudah dengan ketibaan RBC Kuying Tornado 101 v2.0. Seronok sangat akhirnya set HCG melengkapkan senjata perang dalam dunia hanyir aku. Specs yang aku set-up untuk HCG nie seperti berikut;

Rod      : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel     : Kuying_Tornado 101 v2.0
Line     : Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
 
Aku terus rasmikan untuk mencari lesen Toman - Boat base main Salt Water. Tapi dah bukan rejeki aku, kumpau Toman lah pulak. Last2 sebelum balik rumah, aku cuba kat port biasa dengan mensasarkan Snakehead sebagai bahan ujikaji.




Kira lewat dah aku sampai kat sini. Mentari pun dah stat nak berlabuh... Cast pertama difollow & dipatuk2 Snakehead kecik jer. Cast kali ke-2 aku baling jauh sedikit. Bila sampai kat tengah2, dari bawah rumput sebelah kanan beliau meluru keluar, membaham & bawak lari kat bawah rumput yang banyak2 sebelah kiri tu. Aku biarkan sambil tersenyum kerana itu yang aku harapkan bagi menguji set HCG nie sebelum aku mehooked-up sedang2 kuat...





Nahhhhh... Mana ko mau lari & sembunyi? Set HCG nie beb!. Caught good size yang tak mampu melawan kejahatan set HCG aku. Senang jer aku tarik keluar dari tempat2 yang beliau rasa selamat konon...





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R





Aaaaaaa... Ternganga kelelahan. Tidak berdaya melawan "Kejahatan Dunia Gelap Heavy Cover Game..."







 LURE(S) OF THE DAY

Masih berkhidmat. Namun kali ini bulu2 beliau dah takde. Senang hilang bulu nie bila asyik dipatuk2 digigit2...







 ULASAN TEST DRIVE:

Tak seberat rupa. Bila dah digandingkan dengan rod ringan Expert Graphite, selesa jugak rasanya. Baling memang jauh. Just aku belum biasa nak setting tu. Kenak banyak praktis lagi... Speed (gear ratio) yang agak rendah (5.3:1) untuk setting HCG. Kalau ada gear yang boleh diupgrade nie memang menarik sangat. Cuma yang kureng sikit aku rasa bila tali yang melalui line guide tu bergesel dengan bawah tempat rehat ibu jari (plat kat atas tu, tah apa ke nama nya?). Pasal tu tak boleh isi spool penuh. Korang kena alert sikit perkara nie. Cek betul2 kalau mengakibatkan tali berbulu. Setakat dari pagi sampai petang aku cast, syukur tali masih sihat & tiada bulu. Tali gak kalau nak pakai yang kasar, cari diameter kecik. Hrmmmm... Macam nak kecikkan lagi poundage tali aku nie dalam 20-25lb?!...





Gabungan yang sangat Jahat!








25 January 2016

Snakehead Report (4th weeks of January 2016) - TEST DRIVE: Rod Expert Graphite Carbon Cube, 10-20 lb



Tarikh: 19/01/2016 (Selasa)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 5.45pm - 6.45pm




Seperti yang aku maklum dalam post aku minggu lepas, Misi Kemanusian bagi membantu kawan kepada kawan casting aku yang memerlukan Snakehead bagi tujuan perubatan aku sambung hari ini. Alhamdulillah, misi terlaksana walaupun seekor sahaja good size yang ditapau. Seekor lagi aku C&R sebab tidak memenuhi spec yang melayakan beliau untuk ditapau!





Yes, air ada ok hari nie walaupun awal pagi hujan lebat. Opkos memang banyak kali dah aku post gambar kat port yang sama. Nak buat camna, memang situ port mereka melepak sambil belajar ambush mangsa!




Hoh, selepas berkali-kali cast memujuk, strike seekor saiz yang best buat lauk. Sungguh berani beliau nie buat ambus dari jarak dekat... Anjat Boboi! Kuat gak renangan dia cuba melepaskan diri.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101 
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb 
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Tapau




Walaupun kau tewas di tangan aku, percayalah jasamu tetap dikenang oleh sahabat yang sangat memerlukan. Jasad mu tidak sia2... Qada & Qadar ciptaanNya.





Yang korang tak nampak kat sini terdapat kayu2 mati besar kat dalam tu selain dari teratai yang semakin subur sebagai tempat mengawan, bersembunyi & ambush mangsa yang alpa...





Tapi bila turn ko pulak yang alpa, maka ko lah mangsa itu...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101 
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb 
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R




Yang nie aku C&R balik sebab fizikal dia yang kureng sikit. Kepala lebih besar (macam helmet stormtropper dah aku tengok) dengan badan yang panjang kurus. Tak sampai hati lak aku nak tapau. Nasib ko baik kali ini. Semoga ko menjadi Snakehead yang Sado nanti... Till we meet again! May the Force Be With You...









 LURE(S) OF THE DAY

Masih lagi memikul kudarat sebagai penggoda utama Snakehead walaupun penampilan dah semakin uzur dibelasah dengan rakus.









Tarikh: 24/01/2016 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 4.35pm - 6.45pm





*TEST DRIVE*



Komplot Salt Water land base di Belungei pada awal paginya terpaksa aku pendekkan disebabkan ada perkara lain yang hendak diurus. Tak puas rasanya sebab sekejap sangat cast. Perjalanan pergi jer dah memakan masa hampir 2 jam. Balik lagi. Bila dah sampai rumah, perkara tu dah settle pulak?!!!! Geram betul aku. Wasting my time!

Tunggu petang sikit kasi diri aku sendiri untuk "cool down", aku sambung layan Snakehead. Dan kali ini aku Test Drive rod Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb yang dari tahun lepas lagi aku impikan & usha2 di kedai yang sama (setelah kali ke-3 & tinggal 1 rod tu jer, akhirnya baru tokey kedai tu bagi harga yang ngam2 bajet aku). Rod bagi persedian untuk aku mendapatkan lesen Toman tahun ini.





Rabut saiz curut kat beberapa tempat & ditambah hari yang agak berangin kuat kali ini menyebabkan lure aku tidak landing kat zon yang sepatutnya. Sekali 2 tali aku putus disebabkan sering bergesel dengan padi / lalang / ranting pokok & mistake aku lupa nak cek sebelum cast (awas tali boleh berbulu disebabkan hal begini). Mujur lure dapat diselamatkan. Kat sini lah sambaran membaham yang lure aku.





Akhirnya berjaya jugak dinaikan & merupakan Snakehad tunggal kali ini (BTW, last cast aku rabut saiz mama tak jauh dari tempat nie. Hoh, lepas nie siap kau. You can swim but you can't hide!).




Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Aku bagi kat brader yang bawak anak nya pancing Ikan Puyu





Perghhhhh... Menusuk kalbu.








ULASAN TEST DRIVE:


Pada mulanya aku rasa agak awkward nak cast pakai rod nie. Panjang dari handle ke buntut tu yang masih belum biasa. Nampak macam berat, tapi bila dah di tangan, perghhhhh... ringan! Ciri2 yang memang sesuai untuk main Heavy Cover nie.
Dari segi kekuatan, walaupun belum dikerah untuk full heavy cover, terasa kekuatan rod tu ketika menarik Snakehead yang sangkut kat akar2 rumput air ketika beliau cuba melarikan diri (semi heavy cover).
Main line & leader sahaja yang membataskan aku untuk mengeksperimen full heavy cover & aku perlukan poundage yang kasar lagi untuk setting sepenuhnya nanti. Semakin lama aku cast semakin serasi lak rasanya rod nie.







 LURE(S) OF THE DAY


Si kepala oren aku gunakan. Yang full oren biasa tu akhirnya terkorban setelah body nya semakin koyak rabak & menganggu prestasi renangan.