"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

06 July 2015




Sempena Father Day 2015, pihak TCE Sports Sdn. Bhd., melalui Facebook mereka telah mengadakan satu pertandingan "Like Father Like Son Contest". Tempoh pertandingan bermula 18 - 29 Jun 2015 dan pemenang akan diumum pada awal bulan Julai.

Teringat aku gambar komplot bersama anak aku yang sulong suatu ketika dahulu. Aku cari gambar tu dan hantar jer untuk suka2. Takde menaruh harapan. Just nak mengabadikan kenangan casting bersama anak aku tu.






Father's Day - "Like Father Like Son Contest". - Credit to TCE Sports Sdn. Bhd. for the pic.





Gambar nielah yang aku hantar untuk pertandingan tu. Klik sini untuk full story pic nie.





Pada 03/07/2015, pihak TCE Sports Sdn. Bhd. menghubungi aku memaklumkan bahawa aku antara pemenang yang terpilih. Diorang mintak butiran2 yang diperlukan. Wah, terkejut gak aku. Memang pada mulanya aku takde clue dapat nombor berapa. Sangkaan aku mungkin hanya saguhati kot. Maklumlah peserta2 lain hantar gambar power2 jer aku tengok. Sehinggalah message terakhir dari diorang kata aku Pemenang Utama! Ohmaigotttt!
- Credit to TCE Sports Sdn. Bhd. for the pic.





Abaikan nama aku yang diorang salah eja tu. Sepatutnya "Pijan Madinil", bukannya Pijian Madini_. Hehehe... Yes, syukur alhamdulillah. Walapun dalam bulan puasa nie aku off casting, "strike" gak aku. Hehehe... - Credit to TCE Sports Sdn. Bhd. for the pic.





Nie pulak Peserta yang mendapat tempat ke-2 & ke-3. Tahniah gak kat diorang. - Credit to TCE Sports Sdn. Bhd. for the pic.




Apa hadiah? Mengikut info dalam page tu Daiwa D-Shock Spinning Combo Set. Nanti aku update balik kat sini gambar hadiah selepas aku menerimanya (diorang kata  2 minggu < lebih baru hadiah sampai). Sabar yek....









UPDATED

Jeng... Jeng... Jeng... hari ini 14/07/2015 akhirnya hadiah aku telah diterima dalam keadaan yang "sihat walafiat".





 

Hoh, besarnya kotak...





Tadaaaaa... Inilah hadiah2 tersebut. Terima kasih buat TCE.                                                         1 x Daiwa Reel Combo - D-Shock (Rod: D-Shock_DSH E602ML_4-12 lb, Reel: D-Shock 2000B), 1 x Daiwa AD Cap, 1 x Seahawk SOL Braid Line_40 lb, 1 x Seahawk Pop Hollow Frogie_12.5g, 56mm