"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

26 May 2015

SHARING Tips: Recycle Jighead




"Barang yang lepas jangan dikenang...". Biasa tak dengar ungkapan tu? Hrmmm... jangan dikenang, tapi dikitar semula (recycle). Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang terlupa & mungkin ada yang tak tahu / perasan ada jighead yang boleh direcycle

Sebagai contoh, jighead dari soft plastic (SP) yang murah. Kerana murah, biasanya orang buang jer jika berlaku kerosakan pada SP tersebut. Sayangnya, hook & jighead masih elok turut menjadi mangsa dibuang bersama...







Pernah pakai jenis nie tak? Mungkin kat tempat korang murah lagi kot? SP yang sedia ada dengan jighead / hook. Banyak lagi jenis dari jenama lain. Demo tips kali ini aku gunakan jenis ini.







Ok, bahan2 yang diperlukan; contoh SP yang rosak, cutter, marker / pen & SP gantian (mana2 brand pun boleh).






Ambik contoh SP pertama dalam pic1 (yang dah rosak dibelasah ikan Buntal!). Belahkan SP tersebut & keluarkan jighead.






Ambil SP gantian (aku gunakan jenis gurb brand Hinomiya sebagai model) & tandakan tempat yang akan dibelah nanti (arrow merah) dengan marker / pen. Arrow biru tu pulak merupakan tempat hujung jighead (hook) akan keluar.






Belah dengan berhati-hati tempat yang ditanda tadi.





Dengan menggunakan hujung jighead (hook) tebuk hingga keluar mata tu (seperti pada arrow). Ini merupakan tempat untuk hujung yang satu lagi tempat letak snap (kepala) jighead keluar nanti.






Masukan dahulu pada bahagian belakang SP hujung jighead dengan cara slanting atau serong (ikut arah arrow).











Hingga jadi camnie.






Langkah terakhir, tolakkan ke atas hingga keluar bahagian kepala jighead pada tempat yang ditebuk tadi, rujuk pic5 & kemaskan seperti dalam pic nie.






Tadaaaaa... Siap sudah. Boleh jugak gunakan SP lain. Kalau yang ada treble hook tu, direkemen untuk tukar hook. Pakai yang kuat sikit. So, pasnie fikir dulu sebelum buang yek. Selamat mencuba.







25 May 2015

Snakehead Report (4th week of May 2015)


Tarikh: 24/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 2.45pm - 5.30pm



Hrmmmm... Lama dah aku tak post laporan snakehead. Masih syok dalam misi mencari lauk grade A & misi mencari tangkapan berskala "WOW!"... Setelah rabut di sebelah pagi & kumpau di beberapa tempat, last round aku cuba lagi kat Riveria, mana tahu nasib cam minggu lepas, kononnnnn... Ceh! Lain target, lain lak dapat.





Kureng sambutan dari penghuni dasar. Macam2 dah cara pujuk. Tak mau jugak. Last2 ngepop sehampir dengan rumput tu tetiba ada sambaran yang terus menekan popper aku ke bawah.






Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit_Popper
Status: C&R





Aku ingatkan baby Selunsong yang ambush, sekali snakehead da... Nasib baik tak kumpau. Ada lah jugak buat report blog. Satu2nya tangkapan tak sengaja hari ini...








LURE(S) OF THE DAY



Starlit Popper









18 May 2015

Riveria Strike 5


Tarikh: 17/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.30am - 4.00pm



Minggu nie aku malas nak turun ke Belungei sebab dah 3 minggu berturut2 aku ke sana. So, plan aku minggu nie casting sekitar Kuching / Samarahan jer. Dan bermula sejak 2 minggu lepas, aku hanya dapat casting setiap hari Ahad jer sebab anak aku dah start tution & belajar berenang setiap hari Sabtu. Memang jadi weekend caster dah sekarang nie.

Riveria... Lama dah aku kumpau kat sini sejak last tangkapan terakhir aku September 2014. Bukan kata takde gi langsung, tapi kumpau jer. Paling dekat pun bulan Mac ke April (?) lepas, tapi rabut Selunsong. Akhirnya hari ini "tertulis" jua strike aku kat sini...






Pic nie semasa waktu petang sebelum aku balik. Yang sebenarnya sejak awal pagi lagi aku dah cast kat sini. Strike snakehead jer (lain yang dicari lain lak yang dapat). Pastu aku cast kat Tambak Pending, Tambak Bako, Bandar Baru Semariang, Sungai Rengit, Salak (semuanya kumpau beb!) & last ke Riveria semula (instinct aku suruh cer try sekali lagi... cewah, instinct le sangat  (hakikatnya masih geram sebab kumpau. Hahaha...)!





Kat sinilah "crime scene" tu berlaku... Time nie hari dah nak hujan. Kawasan sekitar Kuching dah hujan dah & nampak gaya menuju ke sini gak.





Hanya beberapa kali aku baling lure, tetiba terasa SP aku diragut manja2 biawak. Aku biarkan beberapa saat sambil twitch2kan sedikit (agar pemangsa tu imagine yang SP dalam mulut beliau hidup & bergerak2) hingga si peragut tu mula memecut laju. Inilah saat yang aku nantikan, terus aku hook-up dengan kuat, lalu tindak balas fizik yang mengakibatkan rod aku melentur dengan seksi amat. Aku capai kamera dalam poket seluar & sempat menyenap pemandangan indah ini sambil melayan perasaan, diselangi bunyi muzik yang indah dari drag BC...





Hoh, Selunsong (barramundi) kataku dalam hati yang sedang berbunga...





Degil betul beliau nie. Melompat, timbul, tenggelam, memecut, semua dia buat. Takpe, layan dulu sehingga beliau penat...





Setelah kepenatan & hampir menyerah kalah. Pastu...





Tadaaaaa... Yes! Alhamdulillah, rejeki yang tak terhingga... Berbaloi penat lelah hari ini. Inilah ganjaran bagi yang berusaha, sabar & tak berputus asa, insyaalaah....                 "Syukur padaMU atas kurniaan ini. Buat isteri & anak2 di rumah - Abah tak kumpau!. Buat rakan2 caster yang lain - Masih ada penghuni kat sini guys!..." Hrmmm.. dah macam ucapan anugerah le pulak!





Species: Selunsong / Barramundi (49cm, 1.4kg)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Grub
Status: Tapau





Lama dah aku mengidam nak merasa fight selunsong berskala 1kg, syukur tercapai gak hari ini. Alhamdulillah...





Close-up. Hoh, nasib baik ada treble hook yang menyangkut kemas kat dalam. Single hook lak tak sangkut.






Another close-up.






Baru 2, 3 kali aku sambung cast, hari dah semakin mendung. Yang tu masih boleh tahan... Tapi bila start dah keluar "flash" dari "camera" atas tu, meremang jer rasa bulu roma aku & petanda menyuruh aku stop sebelum apa2 perkara yang tidak diingini berlaku. So, cukuplah dulu misi untuk hari ini...





Nie lure yang aku gunakan + hook (dari sp yang rosak. Jangan dibuang ye, masih boleh recycle & gunakan untuk yang lain hook tu). Just masalah dengan clip yang aku gunakan dari jenama (lupa lah pulak) tulis kat peket tahan 12kg!, sekali kena Selunsong 1kg dah terburai. Treble hook lak kangkang. Bila aku tengok nie, fuhyooo... hampir2 melepas beb! "Kun Faya Kun", itulahkan kalau dah rejeki dariNya... Kena beli clip brand lain lepas nie.







 LURE(S) OF THE DAY  


Hinomiya Gurb



11 May 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 03/2015


Tarikh: 10/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 07.00am - 4.00pm



Kalau diikutkan minggu nie memang aku takde plan nak ke Belungei. Tapi atas permintaan member2 yang melihat post blog aku minggu lepas di mana MJ frenzy, diorang pun teringin gak nak mencuba kat tempat tu.

So plan diaturlah untuk sekali lagi menerjah Belungei. Setelah semua ready, hanya aku, Azrin & Aleh yang dapat join komplot kali ini. Bujang pulak akan join kalau dia free nanti.

Hasil kali ini agak mengeciawakan. Tak tahu mengapa. Kalau secara teorinya air dah memang cun! Inilah dunia hanyir... Sungguh unSANGKArable. Layan jerlah komplot tak seberapa nie.





Wow! Cam kat Gold Coast, Ostolia view tu beb!





Azrin yang pertama kali menjejak kaki di Belungei.





Aleh pun sama cam Azrin, 1st time bertandang.





Sementara menunggu air surut, aku ngetest popper berdepan dengan kilang memproses obor2. Tak tahan melihat dugaan kaler air camtu.





Bila air dah mula surut baru kitaorang dapat pergi kat port terhangat tu. Setelah agak lama cast (rabut & miskol jer dari tadi) baru aku strike seekor Baby Kerapu. Satu2nya ikan yang berjaya aku tangkap! Bayangkanlah air dah cun, tapi ikan pulak taknak. Layan jerlah... Janji strike!





Species: Ikan Kerapu / Grouper
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: C&R





Azrin & Bujang sedang sibuk memujuk!





Bujang kosentret cast kat hot spot utama (pokok tumbang).





Hot Spot yang tidak berhasil kali ini. Miskol jer banyak.





My peberet hot spot - tiada berpenghuni. Tengah traveling di luar kawasan agaknya... Kalau minggu lepas kat sine jer aku dapat 6 ekor MJ. Belum lagi kira yang rabut! Serba tak menjadi le pulak.





Kat kawasan bebatu (centre) tu, ada gang yang menyelam (menembak). Kat sine lah diorang dapat MJ & Selunsong yang kasar2. Member2 aku ada gak cast kat sini, tapi dapat yang saiz baby jer. Hot spot gak area nie sebenarnya...







 LURE(S) OF THE DAY

Hinomiya Shad (6cm)






07 May 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 02/2015


Tarikh: 03/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 06.45am - 12.30pm



Adoiyaiii... minggu yang teramat sangat bz! Memang lambatlah aku nak update pasnie. Minggu depan pun sama. Banyak kerja yang memerlukan aku keluar dari pejabat untuk berkursus dan sebagainya. Bila di rumah lak, wifi ada, bila bukak blog, page error lak tak boleh nak edit. Aishhhhhhh... macam2 hal!

Apa2 pun, nie post trip solo aku minggu lepas & sekali lagi aku memilih tanah tumpah darahku belajar casting - Belungei, Lundu. Minggu sebelumnya pun aku ke Belungei gak, tapi KUMPAU! Bila dah kumpau malas lah pulak nak update blog sebab takde story yang best nak dikongsi.




Terbabas tido lak aku. Arghhh... Sekali lagi aku lambat sampai kat port nie.





Surut tapi air kaler nie memang antara kegemaran aku. Tidak seperti minggu sebelumnya - air hijau putih yang hampir jadi susu!





Air dah best, tapi lewat sampai. Sayang nya....





Kat sebelah kiri memang dah surut jauh. Tanpa berlengah2 lagi aku terus cast! Time amat berharga...





Baru 4, 5 kali cast, terust disambar mangsa yang pertama; Seekor MJ kasar (aku rasa almost 1kg) & paling besar dalam trip solo aku kali ini. Kaler jadi putih tu sebab ada masalah lighting masa snap gambar tu.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch 2.5" 3D Eye Shad
Status: Take away @ tapau





Close-up. Perfect hook-up.





Beberapa kali cast, strike lagi seekor MJ saiz buat lauk.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch 2.5" 3D Eye Shad
Status: Take away @ tapau





Close-up. Memang perfect hook-up tu beb!






Lure SureCatch 3D Eye Shad aku banyak sangkut pulak kali ini. Dah lah ada 4 bijik. Semua habis terkorban. Nasib baik aku ada beli lure back-up yang belum pernah aku guna sebelum nie - Hinomiya Shad yang mempunyai 2 jenis hook (single hook & treble hook). Nielah peluang nak try & error prestasi lure tu.
 





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (3rd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take away @ tapau






Close-up. Beguna betul treble hook tu. Memang efektif!





Dan lagi sekali MJ yang frenzy menjadi mangsa.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (4th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take Away @ tapau





Close-up. Mau tak perfect, 2 2 hook-up tu! Rasa jatuh cinta lak kat lure nie.





Lagi2 Mj... Lagi2 MJ! Rejeki beb! Hehe...





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (5th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take Away @ tapau





Close-up. Tengok tu, kalau tak sangkut kat single hook , treble hook akan membantu.





Memang frenzy MJ kali nie. Dah lah aku cast port yang dekat2 jer.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (6th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take Away @ tapau




Close-up. Sangkut kat Treble hook.


 


Banyak syok cast kali ini. MJ yang seterusnya...




 

Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (7th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take Away @ tapau





Close-up. Banyak jasa treble hook nie!





Akhirnya seekor Ikan Bulan @ Local Tarpon yang bersaiz kasar tak tahan melihat gelekan manja Hinomiya Shad terus menerkam dengan ganas. Ambik kau gelojoh sangat!






Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon (8th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take Away @ tapau





Close-up. Dah menampakkan cedera gak lure aku nie. Masih 1 lure nie dari tadi tu.





The last MJ of the day! Lepas dapat nie air mula pasang laju. Takde lagi sambaran & letup2 yang frenzy.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (9th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: Take Away @ tapau





Close-up. 2 2 hook menyangkut!





Lebih kurang lepas 1/2 jam aku cast masa mula2 tu, ada bro nie dari Kampung Bajo turut cast. Sebelum nie ada gak jumpa, tapi tegur2 camtu jer. Kali ini baru dapat berborak panjang. Asri nama beliau & dia dapat 2 ekor Ikan Selunsong @ Barramundi.





Camnie lah port Belungei bila air dah start pasang, barulah nelayan dapat balik pakai laluan muara sungai nie. Kalau bot dah masok aku memang malas sikit nak cast. Bukan apa, selalunya ikan dah lari sebab dengar bunyi enjin bot. Mungkin seekor 2 jer yang degil & kental, agaknya...




So, total catch solo cast aku di Belungei kali ini berhasil dengan 8 - MJ & 1 - Bulan. Puas hati lah kali ini. Syukur rejeki dariNya. Bolehlah jugak aku bagi kat sedara-mara balik nanti. Alhamdulillah.








 LURE(S) OF THE DAY

SureCatch, Surebite_2.5" 3D EYE SHAD





Hinomiya Shad (6cm). Walaupun lure murah2 jer namun sangat efektif. Must have dalam tackle box aku lure camnie. Cuma getah tu ada lembut sikit (mudah/ cepat rosak) dari segi ketahanannya.