"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

23 June 2014

Snakehead Report (4th week of June 2014)


Tarikh: 19/06/2014 (Khamis) 
Lokasi: Port Summer Mall(SM)
Masa  : 6.30am - 7.45am



Kesempatan berkursus yang dekat dengan lokasi kediaman, aku gunakan untuk casting snakehead awal pagi memandangkan kursus start jam 8.30am. 

So, purata jam 6.30am-7.45am bagi aku memadai untuk memenuhi hobi aku ini. Memang kalau ada peluang untuk casting tu tak akan aku lepaskan. This is My Hobby & This is My Passion!




Port yang semakin mengering.






Need hujan lebat bagi mengembalikan kegemilangan port nie...






Kangkung pun semakin menutup permukaan.





Selepas 2 hari berturut2 aku kumpau & rabut, di hari terakhir kursus, berjaya gak aku naikan snakehead berskala 1kg++. Walaupun port semakin kering, masih ada snakehead yang sudi bermain di luar zon selesanya.

Oh, BTW, rod nemesis aku yang patah tempoh hari telah aku modified tapi menjadi pendek sedikit & asalnya 2 piece telah menjadi 1 piece. Hentamsajalah... Janji masih berguna. 




1st catch - Snakehead (52cm, 1.3kg)
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R






Good size of 52cm.





Close-up with SureCatch Tiny Frog yang solid hook-up.






Yes, 1.3 kg. Osemmmmmm!





Setelah merasakan itu sahaja snakehead pada pagi ini, kat 1 hot spot yang aku rasakan berpotensi, aku cast betul2 kat hot spot tu. Setelah 2 kali twitch, takde sambutan (biasanya kat situ landing saja lure tepat kat tempat tu memang tak sempat nak twitch dah sebab terus disambar!), kosong agaknya... 

Twitch ke-3 & kiranya aku mahu retrive cepat2 & balik rumah, tetiba lure aku disentap ganas!  Last card  yang hook-up. Agak kasar tarikanya kali ini.





2nd catch - Snakehead (58cm, 1.7kg)
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R







Selepas sesi bergambar nie, snakehead tu meronta sikit & dengan mudahnya lure SureCatch Tiny Frog aku tu terlepas! Perghhhh... That was very close call nak rabut kalau beliau buat 'perangai' masa kat dalam air tu.






With 1.7 kg, this 1 is very good fighter!






Last pose before going home... \('-')/












22 June 2014

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.2 (PART 4 - FINAL...)


Tarikh: 05/06/2014 (Khamis) - 06/06/2014 (Jumaat)
Lokasi: Paitan
Masa  : 10.35pm 



DAY 4 & 5
Inilah acara kemuncak komplot aku di Sabah kali ini. Peluang terakhir untuk mencari ikan idaman, Borneo Blackbass (BBB) / Tembaring / kanai / Kakap Hitam. Banyak betul gelaran ikan ini.

Lokasi kali ini agak jauh. Lebih kurang 6 jam perjalanan. So, memandangkan kami tak nak bermalam kat situ, jadi dari Bongawan kami bertolak di sebelah malam & dijangka sampai di Paitan dalam pukul 4.30am - 5.00am next day.  Pukul 6.00am casting & balik ke Bongawan pada hari yang sama gak! Perghhhh... paling ekstrim trip tahun ini.

Komplot nie hanya berempat (aku, bro Samoi, bro Zul & Mamat) & akan dibantu oleh seorang guide local nanti.




Malam bertolak jam 10.35pm... Driver (bro Samoi) & co-pilot (bro Zul) yang cemerlang memandu menuju ke destinasi. Aku dan Mamat tido dulu untuk standby jika perlu bergilir2 driving (kononnya...)






2.40am sampai di Pitas. Jalan tak jem, so sempat posing kat sini. Hahaha...




Tiba di Paitan jam 4.10am. Memandangkan masih awal, so kita tido dalam kereta. Walaupun aku tak memandu, tapi penat gak buntut & kaki duduk memanjang. Bila hari dah terang sikit, nampaklah kelibat guide kami. Seterusnya persiapan terakhir dibuat sebelum misi bermula.





 2 buah bot digunakan.






6.00am, misi start!






Sarapan dulu. Sungguh nyam....






Guide back-up. Guide utama tak dapat join di saat akhir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakan.












Hening & mendamaikan.


















Masuk ke anak sungai.






Berpotensi tapi takde penghuni.






Kerapu sebagai perasmi.












Bro Zul turut menaikan Kerapu.






Mamat & Bro Samoi.






Tak tahu mengapa kali ini kurang sangat sambaran. Walaupun dimaklumkan yang trip bro Zul & rakan2 beliau sebelumnya amat mendapat sambutan. Asyik putus perambut kasar diorang. Tapi kali ini walaupun air nampak cun, namun saiz mama tak kelihatan. Sampai tengah hari pun masih macam tu jugak hasilnya...

Bro Zul ikut nasihat/tips dari guide utama, jika casting tak berhasil, cuba trolling. Trolling? Ini satu lagi kaedah memancing yang aku tak berapa nak minat selepas kaedah membottom. Apa2 teknik yang tak banyak melibat pergerakan tulang 4 kerat, aku tak dapat nak menjiwai. Sebabnya penyakit mengantuk aku cepat sangat datang! Memang banyak trolling dari casting pun masih tak berhasil memikat BBB nie. Ngapa liat sangat nak dapat ikan nie.




Kaedah trolling. Walaupun dapat hasil, namun "jiwa" aku tak menjurus ke sini. Peluang untuk aku belajar menghaluskan teknik casting, lontaran & ketepatan, memang takde kalau praktis trolling nie.





Memandangkan hari semakin petang dah hasil tak menggalakan, so kami putuskan untuk menamat trip ini. Masih ada satu lagi perjalanan jauh (pulang) yang perlu ditempuhi. 

Hanya si Mamat sahaja berjaya menaikan seekor BBB tapi saiz masih kategori baby. Takpelah dah tertulis rejeki kami macam nie. Apa2pun satu lagi tempat baru akan masuk dalam agenda aku kalau berpeluang ke Sabah lagi. Insyaallah...





Hasil dari Mamat & Bro Samoi. Yang tengah2 ala2 MJ itulah ikan sasaran yang berjaya dinaikan oleh Mamat.






Close-up ikan BBB. dapat pegang pun jadilah...






Ini pulak hasil dari aku & bro Zul. Syukur...






Dinner dengan mi maggi dulu sebelum bertolak balik.






Akhirnya selesai sudah Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.2 kali ini. Kesimpulan yang aku boleh buat, personally aku rasakan bulan Jun memang keadaan air tak berapa nak cun. Komplot VOL.1 tu pun sama gak hasilnya. Bermakna perlukah aku memilih bulan lain untuk komplot yang akan datang? Wallahhualam... 

Terima kasih yang tak terhingga buat rakan2 di Sabah yang terlibat secara langsung & tak langsung terutamanya Bro Samoi sekeluarga yang menyediakan hospitality terbaik sepanjang aku berada di Sabah. 















21 June 2014

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.2 (PART 3)

Tarikh: 04/06/2014 (Rabu) 
Lokasi: Bongawan
Masa  : 6.00am - 2.45pm



DAY 3
Selepas rehat pada hari sebelumnya, kali ini Cikgu Hazlin join dengan aku & bro samoi dalam xtvt jigging pulak. Jingging nie xtvt yang aku minat lepas casting (kerana tangan turut bekerja, so taklah boring main tunggu jer).  

Lokasi pilihan kali ini tak lain & tak bukan area Bagang (klik sini) (sama seperti tahun lepas jugak).






Bot Cikgu Hazlin digunakan. Bot nie memang sebijik cam bot bro Samai kat Weston ari tu...






With Cikgu Hazlin selaku Kapten untuk misi kali ini.






Fuhyoooo... Macam nak ribut jer kat Bagang tu.






Reel aku pinjam dari bro Samoi, Hemingway 2000. Lazat gak reel nie untuk light jigging...






Stanby untuk parking.






Walaupun macam nak ribut jer, tapi syukur hari ok!






Micro jig yang aku gunakan.






Semangat menjigging pun bermula.






"Cheat mode" untuk sekodeng penghuni dasar. Hahaha...






Rod bro Samoi yang aku pinjam untuk misi kali ini.






Syukur awan hitam telah beralih arah...






Bro Samoi dengan hasil jigging yang pertama...






Dan lagi...






Beberapa kali gak tukar spot namun hasil kureng memberansangkan.






Lan Todak rasanya...






Yeah, baby GT. Syukur...






Satu2nya GT yang aku dapat dalam trip di Sabah pada kali ini.





Dalam masa bertukar dari satu bagang ke satu bagang tu, cikgu Hazlin mencuba kaedah trolling. Beliau jer yang ada membawa lure untuk trolling. Sedang asyik sekodeng melalui fish finder tu, tetiba lure beliau disentap ganas! Agak kasar tangkapan kali ini.





Perghhhh.... Tunduk hormat rod cikgu Hazlin tu!






Tenggiri ke? Alu2 ke?...






Wow! Tu dia megatron... Local panggil ikan ini Belangasan kalau tak silap.








Trip kali ini banyak didominasi oleh ikan Kerapu Bintik. Yang aku dapat ni kira paling besarlah antara kerapu yang ditangkap.






Jam 2.45pm, misi jigging ditamatkan. Perlu banyak rest untuk persediaan perjalanan trip yang agak jauh esok hari.






Bolehlah hasil nie. syukur tak kumpau.